Apa
Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah
perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun,
Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan
menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas
penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil
penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.
Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya
dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti,
sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik
dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih
(Seiri)
Sisih
atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing
barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang
tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses
menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan
atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu
dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan
sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan
peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang
sesuai.
Susun
(Seiton)
Menyusun
dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang
tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan
memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan
dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat
demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja
bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan
kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang
nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses
mencari pada masa akan datang.
Sapu
(Seiso)
Kebanyakan
pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam
persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan
efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan
tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang
digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk
atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat
kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun.
Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi
panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan
pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam
(Seiketsu)
Seragam
hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun,
dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan
kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting
agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti
terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan
sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan
dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru,
kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan
kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa
Amalkan (Shitsuke)
Setiap
pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan
penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja.
Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat
dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang
tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan
titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia.
Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan
memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara
berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

"Mulai
tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan
Ketua Menteri) akan memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton,
Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan program
penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah
kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang,
serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran
kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji
Abdul Aziz Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri ketika
menyampaikan Ucapan Perdana 2004
[Seterusnya]
|