topspace
topspace2Laman UtamaProfil TBSKutipAgihBelaInteraktifAmalan 5SHubungi Kami
topspace3
 

space4Visi TBSMisi TBS

 

Dalam merealisasikan visi TBS maka ia direalisasikan melalui misi-misi berikut :

a. Tabung Baitulmal Sarawak merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sarawak.

b. Tabung Baitulmal Sarawak berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus Dana Zakat dan Baitulmal disamping menerangkan tentang kewajipan berzakat.

c. Pelanggan-pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak adalah masyarakat Islam, badan-badan kerajaan, badan-badan korporat dan pertubuhanpertubuhan.

d. Komitmen Tabung Baitulmal Sarawak ialah :

  • Untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Sarawak.
  • Memudahcarakan Pengurusan Zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam dan perkembangan semasa.
  • Untuk membangun Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah organisasi Islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan.
  • Untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa depan.
  • Untuk membangun kumpulan pekerja Islam yang professional dan dinamik.

 

 

 

bluebottom


© Tabung Baitulmal Sarawak. All Rights Reserved. | Policy & Disclaimer |
This website is best viewed in 1024 x 768 resolutions with Internet Explorer 6+. Required Flash Player & Javascript enabled.