 |
         |
 |






 






|
|
  |
Sebagai langkah memelihara amanah dan memastikan perkhidmatan yang kamimberikan kepada
pelanggan sentiasa dilaksanakan dengan mesra,telus, adil dan saksama, kami berjanji akan sentiasa:
- Mentaati, mengamalkan, menghayati dan mengutamakan syariat Islam dalam setiap tindakan dan
peraturan yang ditetapkan bagi melahirkan pegawai yang berdedikasi, berakhlak mulia, sabar dan
bersedia untuk membantu.
- Prihatin terhadap isu dan masalah yang dihadapi pelanggan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cepat, tepat dan berkesan.
- Menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dengan tepat dan berkesan.
- Memastikan setiap objektif kualiti yang telah dibangunkan berorientasikan pelanggan dinilai, dipantau.
pencapaiannya secara berkala dicapai dengan jayanya dan ditingkatkan secara berterusan.
- Setiap kakitangan diberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya agar dapat meningkatkan sistem
penyampaian kepada pelanggan.
- Memastikan setiap Amil yang telah dilantik diberikan kursus pada setiap tahun agar urusan kutipan
zakat fitrah berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan.
- Memastikan setiap Amil menyerahkan wang kutipan zakat fitrah dalam tempoh 3 minggu selepas Hari
Raya Aidilfitri.
- Mengambil berat dan memberikan jawapan kepada aduan pelanggan dalam masa 14 hari dari tarikh
menerima aduan.
- Bersedia menerima kritikan dan cadangan membina demi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang
diberikan kepada pelanggan.
|
|
 |
|
|
|
|