topspace
topspace2Laman UtamaProfil TBSKutipAgihBelaInteraktifAmalan 5SHubungi Kami
topspace3

Menu
Latar Belakang
Sejarah TBS
Visi & Misi
Objektif
Komitmen Kami
Polisi KualitiPiagam Pelanggan
Motto TBS
Kedudukan Organisasi
Logo TBS
Pendekatan
Lagu TBS
menubottom

 

space4Latar BelakangSejarah

 

Salah satu harapan besar umat Islam di Sarawak sebaik sahaja mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 adalah untuk melihat peningkatan dan kebangkitan syariat Islam di tanah bekas jajahan Brooke ini.

Justeru Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Undang-Undang Zakat 1966 atas usaha YAB Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Pada masa itu ia dikenali sebagai Tabung Zakat dan Fitrah. Tabung ini telah berjaya membiayai ramai pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Islam di dalam dan di luar negeri, di samping membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan keagamaan di kalangan umat Islam di Sarawak. Sebelum Tabung Zakat dan Fitrah ditubuhkan, masyarakat Islam secara kelazimannya menunaikan kewajipan berzakat dengan menyerahkan secara terus kepada fakir miskin atau kepada guru-guru agama, bidan-bidan kampung dan sebagainya.

SejarahSesuai dengan perkembangan negara dan keperluan umat Islam yang semakin bertambah untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran, maka sebagai satu kesinambungan daripada
tabung itu, tertubuhlah Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984.

Bermula dari tarikh penguatkuasaan peruntukan ordinan tersebut, Tabung Baitulmal Sarawak bertindak sebagai wakil Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mengurus Dana Zakat serta Dana Baitulmal di samping menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan
berzakat.

Rentetan itu, sebagai persiapan untuk menempuh ledakan perubahan dalam abad ke 21, Penyusunan Semula Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah diluluskan di mana pada 15 Disember 1998, Pengurus Besar telah dilantik untuk mengetuai Pengurusannya. Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada bulan November 2001 turut meluluskan Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang mana secara langsung menambahkan lagi peranan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah institusi zakat.

 

 

 

bluebottom


© Tabung Baitulmal Sarawak. All Rights Reserved. | Policy & Disclaimer |
This website is best viewed in 1024 x 768 resolutions with Internet Explorer 6+. Required Flash Player & Javascript enabled.