ZAKAT
EMAS & PERAK
Syariat
mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup
dan berkembang. Oleh itu, pemiliknya wajib membayar zakat apabila cukup
syarat-syaratnya. Kadar nisab bagi emas ialah 20 misqal bersamaan kira-kira
85 gram emas. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan
kira-kira 595 gram perak. Wanita yang memakai emas dan perak (tidak melebihi
uruf – had berlebihan) sebagai hiasan tidak dikenakan zakat kerana
ia dikategorikan sebagai perhiasan wanita. Tetapi sekiranya emas dan perak
itu dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka ia wajib dikeluarkan zakat
kerana ia sudah keluar daripada tujuan asalnya iaitu perhiasan kepada
barang simpanan. Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai emas dan perak
yang cukup syarat-syaratnya.
|