Zakat
Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh
badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam
yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan.
Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w.
telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau
segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki,
perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh
mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang
hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]
Dan
sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke
atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba
atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau
segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]
Zakat
Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu
pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan
Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas
menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat
Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa
daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai
bantuan kepada Fakir Miskin.
Maka
sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari
raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa
yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah
biasa.”[HR.Ibnu Majah]
Dalam
Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak
dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan
al Mubarak.
Ia
diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada
perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan
kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak
menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta
daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).
Ibnu
Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi
tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada
perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan
kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]
SYARAT-SYARAT
WAJIB ZAKAT FITRAH
Islam.
Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.
Orang
yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan
makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya
pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.
Orang
yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan
bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam
matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat
Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang
lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada
penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah
ke atas bayi tersebut.
Keterangan:
Sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar Zakat
Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka
dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih
dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam
tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan
nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan
seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka
itu tidak berkemampuan.
Dasar
ini secara umumnya termasuk di bawah arahan Rasulullah
s.a.w. dalam sebuah hadis(maksudnya):”Mulakanlah dengan
diri kamu sendiri...” [HR.Muslim]
[Seterusnya] |