ZAKAT
PERNIAGAAN
Zakat
Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan,
pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama
ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama
Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi
atau perniagaan saham dan sebagainya. Kadar zakatnya adalah 2.5% ke atas
Jumlah Modal + Dengan Keuntungan atau Jumlah Nilai Aset Bersih Perniagaan. |