ZAKAT
TANAMAN DAN PERTANIAN
Imam
Malik dan Imam Syafie berpendapat bahawa hasil tanaman yang dikenakan zakat
hendaklah daripada jenis yang mengenyang dan menguatkan di samping tahan
lama apabila disimpan. Bagi kita di Malaysia ialah zakat atas tanaman padi.
Kadar zakat padi ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan
1/20 jika diusahakan sendiri atau menggunakan alat penyiram. Zakatnya perlu
dibayar sebaik sahaja selepas dituai.
ZAKAT
PADI
ZAKAT
PERTANIAN (PADI):
Zakat Pertanian (Padi) bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan
bersih hasil pertanian yang diusahakan oleh orang Islam yang terdiri daripada
jenis biji-bijian atau buah-buahan atau mana-mana hasil pertanian yang bermanfaat
setelah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan zakat.
DALIL
KEWAJIPAN ZAKAT PERTANIAN:
1. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
”Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (zakat) sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan
dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu
kamu nafkah (zakat) daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu menerimanya
melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah
Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” [Al Baqarah:267]
2.
Firman Allah s.w.t. dalam Al Quran; surah An’am, ayat 141 (maksudnya):
”Dan Dia-lah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan tidak
berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun
dan buah delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama(rasanya).
Makanlah daripada buahnya (yang bermacam-macam itu) bila ia berbuah dan
tunaikanlah haknya (zakat) pada hari memetik buahnya, dan janganlah kamu
berlebih-lebihan (boros). Sesungguhnya Allah s.w.t tidak suka orang yang
berlebih-lebihan”
3.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Hasil tanaman yang disiram
dengan menggunakan air hujan dan mata air atau tanaman yang menyerap air
dengan menggunakan akarnya dari perut bumi, zakatnya adalah sebanyak 1/10.
Manakala tanaman yang disiram dengan menggunakan pengairan, zakatnya adalah
sebanyak 1/20.”[HR.Ibnu Majah dan Tirmizi]
[Muka Seterusnya]
|